Sains Kolej Vokasional VS Sains SPM
Sebenarnya sukatan mata pelajaran hampir sama sahaja. Jadi para pelajar boleh dapatkan buku rujukan Sains SPM. Perbezaan yang paling ketara adalah dari segi pentaksiran. Belajar Sains di Kolej Vokasional adalah mengikut Semester. Pelajar akan diuji di akhir Semester selepas mempelajari 2-3 bab dalam tempoh 5-6 bulan. Pelajar SPM pula mempelajari 16 buah bab dan diuji selepas 2 tahun melalui peperiksaan SPM.
Pentaksiran Sains Kolej Vokasional
Pentaksiran Sains KV menggunakan sistem purata nilai gred (PNG) di mana mata penuh membawa mata 4.0. Perhatikan jadual perbandingan berikut untuk memudahkan pemahaman anda.